Portfolio Design

























MENGENAI KAMI

Kami menyediakan perkhidmatan percetakan Offset melalui internet dan juga secara terus. Kami bukan sahaja menerima dari pelanggan-pelanggan berhampiran tetapi juga tempahan dari seluruh Malaysia.  Kami menawarkan perkhidmatan yang merangkumi penyelesaian menyeluruh (total solutions) termasuk penghantaran.

Para pelanggan boleh memilih samada untuk menghantar design lengkap untuk dicetak ataupun menggunakan perkhidmatan kami untuk design dan cetak.  Kami mengamalkan konsep "one stop center" di mana para pelanggan yang mengunjungi kami tidak perlu membuang masa mencari-cari tempat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka bentuk mahupun mencetak. Malahan pelanggan yang menempah melalui internet hanya perlu menunggu di pintu rumah sahaja!!  Semuanya sekadar beberapa klik pada butang tetikus....
Kami menawarkan pelbagai jenis produk yang berkaitan dengan reka bentuk grafik & percetakan. Buat masa ini, kami menawarkan perkhidmatan rekabentuk & percetakan untuk kad bisnes, brochure, flyers, bookmark (penanda buku), fail (folder), beg kertas, letterhead, sampul surat, dokumen perniagaan & juga buka nota (notepad).  Setiap produk mempunyai pelbagai jenis saiz, material, finishing & pilihan jumlah percetakan.

Kami juga menawarkan rekabentuk & percetakan untuk banting, poster, menu, voucher, sampul duit, kad kahwin, kad undangan, sticker, t-shirt dan lain-lain lagi.

Kami mementingkan kualiti terhadap produk-produk kami.  Para pelanggan akan diberi nasihat sebelum sesuatu tempahan itu dihantar untuk proses pengeluaran.  Pelanggan akan dibimbing dalam menentukan setiap jenis material serta kuantiti untuk mendapatkan penjimatan kos serta kualiti.


SELAMAT DATANG KE MAICETAK.BLOGSPOT.COM

MAI CETAK.COM


Di Mai Cetak, samada anda memerlukan perkhidmatan rekabentuk (design) mahupun percetakan (printing), di sini anda boleh memperolehinya. Sebagai sebuah pusat rekaan grafik dan percetakan, kami mengamalkan konsep "One Stop Center" untuk kemudahan pelanggan-pelanggan kami.

Sekiranya anda sekadar ingin mencetak hasil rekaan anda sendiri, anda tidak perlu bimbang. Kami bersedia membantu anda dengan harga yang berpatutan. Kami akan membantu anda untuk mengenal pasti jenis percetakan yang sesuai untuk hasil kerja anda berdasarkan bajet anda.

Siapapun anda, samada seorang pelanggan biasa yang mencari pusat rekaan & percetakan, ataupun anda seorang pereka grafik, yang ingin membantu pelanggan anda mencetak produk-produk mereka, di sini kami boleh membantu anda..

Bagi pelanggan yang memerlukan perkhidmatan menyeluruh dari rekaan grafik hingga ke percetakan, kami akan menyesuaikan kos yang berpatutan berdasarkan kehendak anda. Anda tidak perlu membuang masa ke merata tempat. Kami bersedia memberikan khidmat nasihat percuma. Jika anda berpuas hati dengan penerangan kami, keputusan di tangan anda.

Selamat datang ke dunia Mai Cetak.. Selamat melayari laman ini, semoga anda memperoleh sesuatu daripadanya



Linkwitin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Any Comment